Portrait of Wan Aniq
Personal archive

Wan Aniq

24 Years Old•Kuala Lumpur, MY

"despite everything, it's still you. one good page at a time."

Places I've Worked Before

Studio North

Current

Full Stack Developer

May 2025 - Present

10mo

Freelance

Frontend Designer

May 2024 - May 2025

1yr

Paused

Quiet Moves Build Momentum

Lo-fi Mix

2026 © Thoughts by Wan Aniq
AboutProjectsThoughts
Currently building quietly
--:-- --

Home/Thoughts/Hari Raya Aidilfitri 1447H

Raya terasa lebih bermakna bila hati belajar melihat dengan syukur.

Catatan Hari Raya 1447H

Selamat Hari Raya kepada semua, maaf zahir dan batin. Semoga Allah menerima segala amalan kita sepanjang bulan Ramadan. Raya kali ini, ada beberapa perkara menarik untuk saya kongsikan, termasuk satu soalan daripada seorang kawan yang saya KIV sebelum ini.

Soalan Kawan Dari Kelantan

Kawan saya membesar, belajar, dan bekerja di kampung di Kelantan. Dia bertanya, "Rayo ni tok merioh supo rayo sebelum-sebelum ni, bakpo eh Niq? Teringat kecik-kecik mulo."

Saya hanya tersenyum dan KIV jawapan sebenar. Saya jawab ringkas, "Kito koho besar doh, Mir." (Mir bukan nama sebenar.)

Maksud Tersirat

Jika lihat pertanyannya itu ada maksud tersurat atau tersirat sebenarnya. Mungkin kita mula rasa bosan dan perlukan teman hidup, iaitu berkahwin. Berkahwinlah pada waktu yang digalakkan dan dalam sunnah, kawan-kawan. Insya-Allah, raya akan datang tidak bosan lagi.

Satu Lagi Pandangan

Dia mungkin rasa bosan sebab kurang melihat dunia luar. Kalau dia pergi bekerja atau belajar di luar, nescaya apabila balik kampung dan beraya di Kelantan, suasananya akan terasa jauh lebih meriah berbanding di negeri luar yang kadang-kadang serabut.

Hidup dan beraya di Malaysia juga patut kita syukuri. Di sesetengah negara, raya hari pertama pun diraikan secara biasa-biasa sahaja. Banyak saya dengar luahan kawan-kawan di perantauan luar negara yang rindu dan menangis teresak-esak mahu balik beraya di kampung, di Malaysia. Jadi kita perlulah bersyukur kerana masih dapat menyambut kemeriahan Hari Raya bersama orang tersayang dengan riang.

Penutup

Ucapan akhir buat kawan saya yang rasa bosan, dan juga kepada pembaca: kalau bosan, berkahwinlah dan jemputlah saya. Insya-Allah, kamu tidak akan bosan lagi menjalani hidup ini, dan hidup anda akan lebih bererti serta lebih banyak tujuan.

Kalau belum mampu berkahwin, cubalah lihat dunia luar, travel ke luar negara, atau cuba rasa beraya di luar negara tanpa keluarga tersayang. Mungkin selepas itu, kita akan lebih menghargai nikmat beraya di Malaysia.

Kadang-kadang, bila kita pergi jauh, barulah kita faham betapa meriahnya apa yang kita pernah anggap biasa.